Shafie Apdal H1NA anggota RELA, hanya layak jaga trafik kenduri sahaja


Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) menyel4r berkenaan kenyataan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal yang mempersoalkan kredibiliti dan memperle.keh peranan anggota Rela yang ditugaskan di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone).

Ahli anggota RELA hampir 3.05 juta pastinya ters1nggung dengan pengh1naan oleh Presiden Warisan Dato’ Seri Shafie Apdal ketika berucap di Program Bicara Presiden Warisan di Tuaran di sini semalam. Shafie Apdal bukan sahaja mempersoalkan malah memperle.keh peranan anggota RELA yang ditugaskan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

“RELA bukan pandai pakai senap4ng, tidak tahu menemb4k, tidak belajar bagaimana pakai b0m, yang dia tahu kalau ada kenduri dia jaga trafik”. Katanya sambil mempertawakan RELA.

Hakikat yang sebenar pada 29 September tahun lalu Mesyuarat Lembaga Penasihat Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) meluluskan penglibatan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) sebagai barisan kedua dalam menjaga keselamatan di sempadan negeri ini daripada dicerob0h oleh anas1r luar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang hadir ketika itu berkata, sebanyak 500 anggota Rela terlibat dalam projek perintis itu. Zahid Hamidi yang juga Pengerusi jawatankuasa itu berkata, pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) masih berperanan sebagai pasukan utama dalam mengawal sempadan negara.

“Ini adalah langkah kerajaan Pusat untuk memastikan keselamatan di Sabah terutama di kawasan pelancongan kerana sasaran kerajaan negeri adalah mencatatkan sebanyak satu juta pelancong dari China datang ke sini.

“Rela akan bertugas selama 24 jam di kawasan-kawasan tertentu, namun penguatkuasaan utama masih lagi di bawah agensi keselamatan yang telah dilantik selaras dengan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya

Netizen yang menularkan video berdurasi 0.21 saat itu mula mempersoalkan Shafie Apdal yang memperlekehkan peranan Anggota RELA untuk mempertahankan keselamatan negara. Pengh1naan Presiden Warisan kepada 3.05 juta RELA ini pasti memberi kesan kepada parti itu nanti.

Sementera itu beberapa anggota RELA tidak berpuas hati dengan pengh1naan itu dan meminta Shafie Apdal memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kata-katanya.

Kredit; http://sabahkini2.com/